WELCOME TO BLOG KELAB KOMPUTER SMK UMAS-UMAS,TAWAU, SABAH

Pengenalan

Assalamualaikum w.b.t.
Sempena tahun 2011 kelab komputer SMKUT, mengambil langkah untuk memperkenalkan ahli kelab kepada dunia "blogger". Ini bertujuan membuka ruang lingkup pemikiran ahli agar lebih terbuka dan berdaya saing dengan masyarakat luar.
Dengan tertubuhnya blog ini, ahli2 akan lebih mudah mendapatkan maklumat dan informasi terkini berkenaan kelab. Ahli2 juga digalakkan membina blog sendiri setelah mendapat bimbingan dari guru penasihat. Satu pertandingan 'blog terbaik & paling kreatif' akan diadakan bagi menarik minat pelajar.
Adalah menjadi harapan guru pembimbing kelab agar pelajar dapat manfaat dari perancangan tahun ini.
Sekian, Terima Kasih.

Program dan Aktiviti Khas

Kelab Komputer turut mengadakan
  • 'Treasure hunt' melalui internet.
  • Aktiviti berkumpulan dalam menghasilkan cenderahati seperti kad-kad semasa hari istimewa iaitu Hari Ibu, Hari Guru serta banyak lagi
  • Mendedahkan ahli Kelab Komputer kepada pengetahuan ICT secara lebih mendalam.
  • Mengadakan lawatan sambil belajar ke PIKOM PC FAIR
  • Kelab juga akan mengadakan kursus-kursus komputer untuk ahli2 yang aktif.
  • Pertandingan “King Of Typist”
  • Pameran ICT sempena MAKP
  • Pertandingan melukis logo kelab

Motto Kelab Komputer

IT PENJANA INTELEK PELAJAR

Matlamat

     Matlamat Kelab Komputer SMKUT ialah membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan menguasai kemahiran asas teknologi maklumat. Selain daripada itu, pelajar juga boleh meningkatkan keupayaan pengkomputeran untuk pembangunan diri sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat pada masa kini dan yang akan datang berlandaskan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Obkektif

  • Mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas yang berkaitan dengan sistem komputer/teknologi maklumat.
  • Membimbing pelajar mengetahui sistem pengoperasian komputer.
  • Memberi pelajar peluang untuk meneroka perkembangan terbaru dalam pelbagai disiplin.
  • Menguasai kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang sesuai melalui penggunaan teknologi maklumat.
  • Memupuk sikap positif terhadap penggunaan teknologi maklumat.
  • Menggalakkan dan perkongsian idea dan maklumat di kalangan pelajar antara kelab dan antara institusi atau individu dalam masyarakat

VISI

Menjadikan SMKUT Komuniti Berilmu Yang Cemerlang
Menjelang Tahun 2016

MISI
1. Pengurusan dan Kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus
2. Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang cemerlang
3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan
4. Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif
5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

SLOGAN
KOMUNITI BERILMU SMKUT TERBILANG

PERLEMBAGAAN

Kewangan

  • Jumlah derma mingguan/bulanan/tahunan hendaklah ditentukan dalam Mesyuarat Agong serta mendapt persetujuan dari pihak pentadbir.
  • Derma semester adalah sebanyak RM 3.00
  • Persatuan/Kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
  • Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi menyertai aktiviti tersebut.

Peraturan

  • Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
  • Peraturan khas yang ditetapkan dan diluluskan oleh guru pemimpin hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
  • Penyertaan
           ...Keahlian dibuka kepada pelajar-pelajar SMK Umas-Umas,Tawau,Sabah
           ...Had keahlian ialah 55 ahli
  • Kehadiran
          ...Ahli dimestikan hadir pada hari aktiviti.
          ...Kegagalan berbuat demikian sebanyak 3 kali berturut-turut akan
             dimaklumkan kepada ibubapa secara bertulis.
          ...Peratus kehadiran perlu sekurang-kurangnya 70%
  • Pakaian
          ...Tidak bertentangan dengan peraturan sekolah.
  • Keselamatan dan Disiplin
          ...Ahli hendaklah mematuhi segala peraturan sekolah dan peraturan Persatuan.
  • Buku Rekod Kehadiran Kokurikulum
          ...Hendaklah dibawa oleh ahli setiap kali perjumpaan untuk merekod kehadiran dan aktiviti.
  • Penggunaan Kemudahan dan Peralatan
          ...Semua ahli bertanggungjawab menggunakan kemudahan/pealatan sekolah dengan baik dan selamat.

Pendaftaran Persatuan/ Badan Beruniform

  • Persatuan/Badan Beruniform ini didaftarkan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Umas-Umas dengan syarat pendaftaran boleh ditarik balik oleh pihak sekolah jika perlu. Pihak sekolah juga berhak untuk menambah atau meminda atau memansuhkan mana-mana peraturan dalam perlembagaan apabila perlu.
  • Kelab Komputer ini telah didaftarkan pada tahun 2011.